Thursday, December 23, 2010

nota-nota penting

kita sbg manusia ni kdg2 mudah lupa..td smbil2 google terbaca satu article ni..menarik..dan insaf..kahwin ni satu ibadat dan insyaAllah diberkati..dlm ms buat persiapan tu, mmglah kita nk yg terbaik..tp ingat ye..jgn smp membebankan and membazir pulak..antara isi artikel tu is like this 
Sebuah perkahwinan menurut pandangan Islam ialah adanya ijab kabul, mas kahwin yang tidak membebankan, pengumuman perkahwinan dan sedikit jamuan berserta doa selamat. Tapi kerana asas itu dianggap tidak glamour, maka majlis perkahwinan orang Islam sekarang sudah menjangkau kepada bentuk menampakkan sikap riak dan menunjuk-nunjuk.
Orang ramai akan memberi pandangan mengenai hantaran yang diterima oleh pengantin perempuan termasuk majlis persandingan yang gilang gemilang, paling glamour lagi apabila ada media membuat laporan. Raja sehari anggun memakai gaun pengantin ciptaan pereka terkenal, terima hantaran berjumlah puluhan ribu ringgit, hadiah sebuah kereta mewah dan banglo.
Apa yang menyedihkan ialah perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan buat beberapa ketika. Ada yang kahwin hanya beberapa jam, kemudiannya melafazkan cerai walaupun inai dijari masih basah. Seharusnya masyarakat memikirkan bagaimana untuk membendung perceraian dalam pasangan Islam, meskipun penceraian tetap dibenarkan setelah tidak ada lagi penyesuaian atau jalan terbaik.
Kadangkala saya menyoal dan mencari jawapan sendiri apabila pasangan bercerai mengatakan jodoh mereka telah berakhir dan sampai setakat itu. Takdir telah menyebabkan mereka bercerai? Apakah penceraian (bukan atas sebab kematian) benar-benar merupakan takdir dan penamat jodoh? Jawapan saya mungkin ya dan ada kalanya berkata tidak. Saya lebih banyak berkata tidak, kerana punca penceraian sebenarnya terletak kepada hati, perasaan, fikiran dan tindakan kita.
Allah s.w.t telah memberikan kita jodoh, tetapi bagaimana kita menjadikan pasangan kita itu bahagia hingga ke akhir hayat? Jawapannya, kita sendiri harus memecahkannya dan kita juga harus membina jalan menuju kebahagiaan yang kita inginkan itu. Di situlah letak sebuah pertanggungjawaban dan iltizam yang wajib kita penuhi secara ikhlas, jujur dan berhemah. Allah s.w.t membekalkan kita kekuatan fikiran, keupayaan berusaha dan kekentalan semangat. Semuanya tidak akan terlaksa tanpa kekuatan hati kita untuk melakukan disusuli dengan doa dan keihklasan bersyukur ke atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
Apabila kita memilih seseorang sebagai pasangan, kita mestilah memahami dan menerima sikap dan sifatnya dengan penuh keinsafan. Allah s.w.t memberikan kita jodoh itu kerana Allah s.w.t sebenarnya ingin menguji kehidupan kita, apakah kita mampu menguruskan rumahtangga atau di sebaliknya. Rumah tangga yang bahagia bukanlah berasaskan kepada limpahan kebendaan, tetapi disuluhi  dengan keimanan dan ketakwaan, dan kitalah sebenarnya yang harus menyalakan obor itu agar pyramid rumahtangga yang kita bina akan terus kekal buat selama-lamanya. Kita dimasukkan sebagai pasangan paling bahagia, sekurang-kurangnya warisan itu kekal dalam ingatan generasi selanjutnya.
Anak kita akan menjadikan kita sebagai teladan terbaik. Cucu kita akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai rujukan terpuji. Cicit kita akan mengingat nenek dan datuknya, sebagai pasangan-pasangan yang paling bahagai yang pernah mereka temui. Sejarahnya terus membekas, falsafahnya terus segar, kerana itulah pyramid kehidupan berkeluarga yang kekal dan boleh dijadikan monument sepanjang zaman.
jd utk semua, yg baik jdkan tauladan, yg buruk jdkan sempadan..semoga jodoh ini adalah yg terbaik buat kita..May Allah bless all of us ('',)

No comments:

Post a Comment