Wednesday, October 19, 2011

asid folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.


Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram(5000 mikrogram).


Doktor anda lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram sehari. pengambilan 400 mikrogram juga mencukupi untuk keperluan seharian anda. Pil asid folik mudah larut dalam air. 

Jika anda mengambil pil asid folik berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing.Pil asid folik tidak memerlukan prekripsi doktor. Pil asid folik mudah didapati di farmasi-farmasi dan klinik-klinik. 


** good info I guess..sharing is caring :)












love,



No comments:

Post a Comment